Assalamualaikum w.b.t ... segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat yang diberikan ke atas makhlukNya... selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW...
Bersempena dengan Karnival AMAL Ramadhan 1431H, PAPISMA Sarawak sekali lagi telah mengadakan ziarah dakwah ke Hospital Miri pada 29hb Ogos 2010 buat kali yang ketiga. Program ini dipengerusikan oleh Dr Aizuddin selaku Pengarah Program Ziarah Dakwah. Objektif program antara lain adalah untuk memperkenalkan PAPISMA kepada masyarakat Sarawak selain menyerahkan sumbangan kepada para pesakit.
Seramai 30 orang sukarelawan dari PAPISMA dan AMAL Sarawak telah menjayakan program ini. Program diserikan dengan kehadiran Pengarah AMAL Cawangan Miri, Eng. Mukhtar Suhaili.
Sebanyak 250 orang pesakit telah mendapat sumbangan dan cenderahati pada hari tersebut. Program yang berlangsung selama 3 jam ini telah mendapat sumbangan dan derma dari pelbagai pihak. PAPISMA Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Majlis penyerahan cenderahati dari PAPISMA kepada
pihak Hospital Miri oleh Dr Azizul
Penyerahan cenderahati dari AMAL Cawangan Miri oleh
Eng Mukhtar Suhaili
Dr Aizuddin (Pengarah Ziarah Dakwah) bergambar
bersama para sukarelawan
Abang Jo, Dr Syahid dan Ustaz Ramadzan bersama
sukarelawan
Lambaian pejuang
Eng. Ariff beramah mesra dengan salah seorang pesakit
Dr Syahid mengagihkan penanda buku
Bacaan doa oleh Ustaz Nik
Dr Aizuddin bersama pimpinan AMAL
Setelah penat pusing-pusing hospital....
"Sabar kerana sabar separuh dari iman..."
Antara srikandi yang hadir
Untuk keterangan lanjut mengenai program PAPISMA Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Dr Azizul Akram (012-4135838), Dr Muhammad Syahid (019-4562567), Dr Aizuddin (014-8476008), Dr Isnani (014-8827310) atau layari laman web www.papisma.org