Sunday, October 31, 2010

.::Khidmat Kesihatan PAPISMA sempena Seminar Kefahaman Islam 10hb-11hb Julai 2010 (28 & 29 Rejab 1431H)::.

Assalamualaikum w.b.t ... segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat yang diberikan ke atas makhlukNya... selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW...

Alhamdulillah PAPISMA Miri sekali lagi mengorak langkah dengan mengadakan khidmat kesihatan percuma bersempena dengan Seminar Kefahaman Islam pada 10hb dan 11hb Julai 2010 yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak bertempat di Masjid An-Naim, Lutong dan Dewan Auditorium, Pustaka Miri. Program yang berjalan selama 2 hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Sewaktu program berjalan, para peserta bukan sahaja diperiksa dengan pemeriksaan asas seperti tekanan darah dan paras gula, tetapi mereka dapat berbincang secara "face to face" dengan pegawai perubatan tentang kemusykilan dan masalah kesihatan yang mereka hadapi. 


Dr Syahid dan Dr Azizul bertugas pada hari tersebut

 Orang ramai mula berkumpul

 Maklumat pesakit diambil untuk tujuan rekod

 Dr Syahid sedang mengisi maklumat pesakit

 "Macam ni caranya..." kata Dr Syahid

 "Makcik takut jarum la....."

Antara peralatan asas yang digunakan

 Pemeriksaan tekanan darah dengan sphygmomanometer

"Enta pun nak check up juga?.."

 Orang ramai masih berpusu-pusu untuk mendapatkan rawatan
pemeriksaan kesihatan

 "Tinggi tekanan darah pakcik ni...."

 Sesi kauseling kesihatan bersama salah seorang pesakit

Alhamdulillah...akhirnya sempurna 


Untuk keterangan lanjut mengenai program PAPISMA Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Dr Azizul Akram(012-4135838), Dr Muhammad Syahid (019-4562567), Dr Aizuddin (014-8476008), Dr Isnani (014-8827310) atau layari laman web www.papisma.org


Akhukum Filislam,
Dr Azizul Akram Salim
Hospital Miri

No comments:

Post a Comment